BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 9, 2010

kejayaan

huwaaa....
yess....
yesss....
yesss....
akirnya aku dpt masuk balik ker blog aku..setelah sekian lama aku meninggalkan blog aku nih...hampir2 da bersawang aku ase...tahniah utk diri aku....(clap..clap...)

Sunday, September 27, 2009

selamatHariRaya

sElamat Hari Raya Aidilfitri mAaf zahir dan Batin ikhlAS dAri aku uTk semua keNalan yg meNgenali Diri iNi..aMpun mAaf d PinTa sekiRanya ADa salah dan sILap yg akU lakukan tnpa d seDari. mOga kitA semUa d bErkati ALLAH hendaknya..Amin...

Thursday, September 24, 2009

tekateki

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape tu?
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler... haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… hua..hua..hua..

Thursday, September 10, 2009

kenaliWANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti COKLAT!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah AIRMATA!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh.

31. Tetapi paling yang wanita paling tak suke BERJANJI dan AKHIR MUNGKIRINYAAAA.....


p/s : hanya sekadar utk renungan. tiada kene mengena pada yg idup@ yg sudah mati...

Tuesday, September 8, 2009

tawarmenawar

yesterday i visit my baby sony ericson at icu ward!!!!OMG, da terburai suma aku tgk..
Dr. Ah seNg : u mAu repeR ka x mO?
aKU: hUh...x kAn x Mo rePer? dA masUk iCu? i angKat p0n taRak gUna...u rePer sAJa la..k0s jGn maHal2..sY x daK waNg..
Dr. Ah sEng : oK2..sy kaSi rePer. 70 lAs priCe..
aKu : hAh? x Mo r..maHal..60 suDah..bEli brg bAru 30 heNgget, nK caj maHal2..(dlm ati, ceh, pepandai jer aku nih. arap2 misi aku berjaya)
Dr. ah Seng : aDoi..maNyak muLah Loo...jgn R iTu mcM kaWan..kaSi sy lEbey cKit. mau Minum tEH.
aKU : aLa..u ni minum tEh bYk2 tArak Kenyang. kaSI ItU unTung SamA sy cKit..sdh2..jgn bYk ckp. u buat Saja. eSok pTg sY dtg anGKAT Itu phon..60heNgget sdh!!
dr. ah seng : adOi, inI mCM OlANG pon aDa ka? Ssh r sAya maU jd kaYa..ok2..eSok pTg u angKat. jgn luPa bwk wAng suDah..
aku : ha..ini mCm barU bGS. TiMA KAsEH R aPEK..EsoK Ptg Sy angKat. u jGn ttp kDai sudaH..
dr ah seng : #$%@&*(!!@)?????....

nota :- Yesssss...daPat Gak Kurang hARGA repeR henpon aku tUH..

Monday, September 7, 2009

huWaaaa..bAby sonY EricsOn aKu da 4arI MasuK wArd aH-seng RePer henPon kt kAjanG TuH. aKu pOn x bErkesemPatan nAk melaWat die. akU Cbuk dGn akTBTI HArIAN Aku. sIan die. ntAH MCMANA R KeADAAN die kt WArD ah-sEng TUh. AkU CAdang nak p mElawat diE jap Gi. igt naK amEk trus baWak blk kot..nk repeR x jD. MAHal sgt..80hengget..huhuhu
mybAby ericSon...heRe i cOme...

Thursday, September 3, 2009

sEkadar iNfo

haNYa utk penGetahUan kiTa sUma. aKu coPy pASte dr bLog sAper ntAh aku pOn x IGt. kepaDa peMunya bLog, aKu mnTk mAap bebYk sbb aMek iNfo ni. akU seKadar inGin berKongsi iLmu dGn kengKawan..

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...